Siti Jamsinah Abd Munir 012012110413
Nor Hasniwati Ismail 012012110642
Fatimah Zakaria 012012110438
Hemmi Mahali 012012110668
Zarifah Yusoff 012012110644
Norina Nordin 012012110462
SEKAPUR SIREH
Bermula Semester baru Mac 2015 kami di bawah Program Pensiswazahan Guru KPM-MSU BECE Nov 2012, kami telah diperkenalkan satu subjek baru iaitu Computer For Young Children Children di bawah kod GSS2013. Seperti biasa di perjumpaan pertama pada 19 April 2015 yang lepas pensyarah Puan Suraya Ismail telah memberi tugasan, antaranya ialah membina satu laman blog yang mengandungi butiran seperti kehendak tugasan.
MENGAPA KAMI MEMILIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Dunia tahu bahawa diperingkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka. 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.
Bagi kami hal ini menjadikan dunia kanak-kanak merupakan suatu yang unik dan banyak pendekatan yang perlu diterap. Selain dari memahami dunia kanak-kanak dalam pendidikan, kami yang semua merupakan ibu-ibu’, pengalaman yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam mendekati, memahami, seterusnya mengembangkan potensi anak-anak kami sendiri di rumah.
Lantaran itu guru-guru pra sekolah sebenarnya adalah aset negara yang berharga dalam perkembangan dunia kanak-kanak. Walau segelintir masyarakat beranggapan bahawa guru pra sekolah agak ke bawah sedikit kedudukannya dalam dunia pendidikan namun, dewasa ini tanggapan ini kian berubah. Pendidikan Awal Kanak-kanak semakin dipandang penting ini kerana bagi kami ianya dapat :
1. Membangunkan Ciri-Ciri Tingkah Laku Yang Baik
Selain menggalakkan perkembangan kognitif, pendidikan awal kanak-kanak juga membantu mereka membangunkan ciri-ciri tingkah laku yang perlu seperti suka bergaul, motivasi dan harga diri. Prasekolah adalah salah satu peluang pertama ramai kanak-kanak untuk berinteraksi dengan anak-anak lain usia mereka pada kadar yang tetap, serta orang dewasa selain daripada ibu bapa mereka. Jika kita bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, kita akan membantu para pelajar mengembangkan kemahiran peribadi dan interpersonal yang perlu untuk hidup yang sihat, bahagia dan harmonis.
2. Keseronokan Bekerja Dengan Kanak-Kanak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan unik. Mengajar dan bekerja dengan golongan ini adalah suatu yang mencabar, membuatkan kami lebih matang dalam menyelesaikan masalah. Kesabaran dalam melayani karenah mereka di tambah dengan keseronokan melihat kerenah serta disulami unsur kelucuan, membuatkan kami sentiasa berasa ceria bersama golongan ini. Walau tidak dinafikan kekadang agak letih dalam memenuhi kehendak mereka.
3. Kanak-kanak lebih cepat dan kuat mengingati dan memahami
Kanak-kanak mengalami perkembangan yang sangat cepat. Mereka mudah menerima pembelajaran. Perkembangan dari segi kognitif, sosial dan emosi. Ini memudahkan untuk kita menguruskan kanak-kanak. Pada usia ini mudah mereka memahami sesuatu khususnya pelajaran kerana otak mereka terdiri daripada sel-sel otak yang muda serta sangat berhubung antara satu sama lain. Mereka juga cepat memahami sesuatu yang dipelajari secara berkumpulan dan menyeronokkan.