Sunday, 10 May 2015

KURIKULUM PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 22. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di skolah rendah kelak. (Kurikulum, 2010).


Rajah menunjukkan Tunjang dalam kurikulum Standard Prasekolah


KURUKULUM ICT DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PRASEKOLAH

Kurikulum prasekolah memperuntukan kurikulum ICT melalui Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas.

1. (ST 13.1) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara accountable dan beretika
13.1.1 Mengenalpasti bahagian-bahagian computer (monitor, tetikus, papan
kekunci, unit sistem)
13.1.2 Menghidupkan computer (switch ON) dan menutup computer (switch OFF,
shut down) menggunakan urutan yang betul dengan bimbingan guru.
13.1.3 Menggunakan tetikus untuk klik dan dwi klik (double click)
13.1.4 Bersikap positif dalam menggunakan ICT
13.1.5 Bekerjasama dengan kawan dalam bilik darjah semasa menggunakan komputer
2. (ST 13.2) Memilih dan mengaplikasi sumber ICT yang sesuai
13.2.1 Menggunakan perisian melukis dan mewarna untuk membuat gambar menggunakan bentuk asas dan warna.
3. (ST 13.3) Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.
13.3.1 Menggunaka CD dan VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran.


ICT MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Ianya perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.








No comments:

Post a Comment