Sunday, 10 May 2015

ICT DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Information & Communication Technology (ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya.


KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak - penerokaan dan inkuri penemuan.
2. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
3. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
4. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
5. Ia menarik kerana bercorak interaktif.
6. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
7. Bahan dapat digunakan berulangkali .

KELEMAHAN ICT

1. Kebergantungan dan keseronokan yang diperolehi melalui ICT memungkinkan mereka tidak melalui aktiviti seperti kanak-kanak lain.
2. Keterasingan sosial (social isolation).Ini boleh berlaku apabila dunia mereka hanya dipenuhi dengan masa bersama komputer mahupun gajet moden yang lain.
3. Teknologi maklumat dan komunikasi adalah memberi gambaran dunia yang tidak realistik dan bersifat alam maya berbanding realiti.
4. Menggantikan sepenuhnya aktiviti lain.
5. Mengurangkan rasa kesedaran dan kreativiti kerana terlalu bergantung kepada komputer.





No comments:

Post a Comment